KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Januari 27, 2011

Pakatan Rakyat nak kembalikan sistem Raja Berperlembagaan, tapi Umno kata tidak!


Kerajaan Negeri Selangor melakar sejarah apabila membuat pembentangan pindaan terhadap Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 khususnya kepada Perkara 52(1) berkaitan dengan pelantikan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

Ketika membahaskan Rang Undang-undang ini, 24 Januari lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali menjelaskan pemerintahan di negara ini berpaksikan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berpelembagaan.

Katanya, pindaan dibuat bertujuan untuk mengembalikan kuasa kepada Menteri Besar berkenaan pelantikan di dalam "Perkara 52 di dalam bab 3" untuk menjamin wujudnya timbang tara dan kemurniaan peranan di antara institusi raja dan ketua kerajaan negeri yang dipilih rakyat.

Selain itu jelas Azmin lagi, pindaan bertujuan untuk menyuntik kekuatan baru kepada sistem Persekutuan disamping menjamin keberkesanan perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri yang dipilih oleh rakyat. Beliau berpendapat, usaha Pakatan Rakyat untuk mengembalikan prosiding pelantikan sepertimana di bawah perlembagaan negeri yang sebelum ini telah dimansuhkan pada 1993 oleh Umno, cukup murni.

Baginya, usaha ini amat sukar kerana pelbagai pihak yang menjadi alat dan perkakas Umno cuba memberikan penafsiran undang-undang mengikut selera dan nafsu serakah pemimpin Umno di Putrajaya. "Lihat sahaja kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Dato' Noh Omar berhubung dengan usaha Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kembali ke sidang dewan bagi memperbetulkan kerosakan sistem ketika di tangan Umno.

"Antara lain Noh mendakwa Pakatan sanggup melakukan apa sahaja yang bercanggah dengan undang-undang. Persoalanya apakah Umno faham dan menghormati undang-undang?" soalnya. Azmin mendakwa Noh membuat tuduhan jahat dengan menyatakan pindaan itu bertujuan memberi kuasa kepada Menteri Besar dan bukan kepada Tuanku Sultan.

Tiada ulasan: