KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Januari 26, 2011

Malam ini 26 Jan di Taman Melewar: Ceramah menelanjangkan "Umno Derhaka Lagi" bersama YB Haniza Talha, Subky Latif & Ann Wan Seng


Kengganan dan sikap berbelit-belit Umno Selangor untuk tidak mahu menyokong usul pindaaan mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang akan dibongkar dalam Ceramah Rakyat "Umno Derhaka Lagi" Rabu, 26 Januari ini.

Menurut Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu, Hajjah Salbiah Abdul Wahab, ceramah rakyat ini akan disampaikan oleh Timbalan Speaker Dun Selangor, Haniza Talha yang juga Adun Taman Medan, bersama penganalisa politik terkenal, Ahmad Subky Abdul Latif (bekas Ketua Penerangan PAS Pusat) dan Ann Wan Seng (bekas Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat). 

Program bermula jam 9.30 malam di Dataran Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar. Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi mengikuti kupasan langsung YB Haniza berkenaan "gelagat" bodoh Adun-adun Umno ketika membahaskan usul dengan hujah-hujah dangkal dan tak realistik.

Tiada ulasan: