KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Januari 13, 2011

Harun Taib akui Najib "gelisah" Janji 100 Hari Pakatan Rakyat alih sokongan BN

Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Harun Taib

Janji 100 Hari Pakatan Rakyat bukanlah mahu memikat hati rakyat negara ini sebaliknya untuk membuktikan keupayaan dan kejujuran Pakatan Rakyat dalam menguruskan wang negara. Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Harun Taib menegaskan janji itu dibuat berdasarkan kepada jangkaan Pakatan Rakyat bahawa mereka berupaya melakukannya dalam masa 100 hari dan ini mencemaskan Umno-BN.

"Jika rakyat memilih kita dalam PRU 13 nanti bermakna Pakatan Rakyat ada keupayaan menunaikan janji-janji 100 hari itu. Selain kewangan negara yang mengizinkan, janji kita itu sebenar bukan untuk memikat semata-mata," katanya.

Ditanya, tuduhan Perdana Menteri bahawa janji itu akan menjadikan negara ini bangkrap, tegas Ustaz Harun, negara akan bangkrap kerana mengikut cara pengurusan Umno-BN yang  cuai, dan semborono. Tambahnya, Pakatan Rakyat mempunyai cara tersendiri bagaimana hendak menguruskan wang negara dalam tempoh 100 hari itu.

Janji 100 hari Pakatan Rakyat, katanya, turut memberikan kesan baik kepada PAS di Terengganu, apabila rakyat negeri itu sendiri lebih yakin kepada PAS berbanding Umno BN untuk melakukan pembaharuan yang diharapkan oleh mereka.

Dalam pada itu, Ustaz Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu optimis parti itu mempunyai harapan cerah untuk menang di negeri itu dalam PRU-13 nanti. Ini kerana katanya, perkembangan semasa menunjukkan rakyat negeri Terengganu sudah membuat keputusan mahukan parti alternatif sebagai jalan keluar untuk mereka menukar kerajaan yang ada.

Tegas beliau, antara punca yang menyebabkan rakyat Terengganu mula memikirkan alternatif untuk mengubah kerajaan setelah Umno-BN gagal membasmi kemiskinan yang berlarutan sehingga kini. "Kegagalan Umno BN yang memerintah negeri Terengganu dalam membasmi kemiskinan, sehingga menyebabkan orang ramai berfikir kenapa mereka tidak boleh menggantikan Umno-BN kepada PAS," katanya.

Menurut Ustaz Harun, pergolakan dalam Umno negeri itu yang gagal diselesaikan secara bijak mendorong penyokong mereka memandang PAS jauh lebih baik dan mampu mentadbir negeri itu. Dalam masa yang sama pula, tegas beliau, PAS terus melangkah dengan strateginya yang tersendiri dalam usaha memberikan penerangan kepada orang ramai mengenai dasar-dasar parti itu.

Antara perancangan terkini yang dilakukan mulai tahun ini termasuk langkah mula menyerang Umno-BN dengan slogan "PAS Ganti Umno" yang telah dilancarkan secara tertutup di Kuala Ibai baru-baru ini, dengan dihadiri lebih 1,000 orang pemimpin PAS negeri itu. Pada 15 Januari ini, program itu akan diadakan secara terbuka di Dataran Tok Guru, Cukai, Kemaman dan kemudian akan disusuli pula di daerah-daerah lain di seluruh Terengganu.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ηi theге every one, here еvery one is sharing these kіnds of familіaгity, thuѕ it's fastidious to read this webpage, and I used to visit this website all the time.

Here is my web-site - payday loans

Tanpa Nama berkata...

Oh my goodness! Aωesomе article ԁudе!

Thаnk you, Hοωever I am encountering iѕsues
with your RSS. I don't know the reason why I am unable to subscribe to it. Is there anybody else having identical RSS issues? Anyone that knows the solution can you kindly respond? Thanx!!

my web site: New Bingo Sites