KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, September 17, 2009

Rayakan Aidilfitri ikut acuan Islam - Ustaz Taib Azamuddin


MUQADIMAH: Setiap kali menyambut Aidilfitri, umat Islam dilihat lebih merayakan kegembiraan setelah sebulan menahan lapar dan dahaga. Ada yang terlupa maksud sebenar Aidilfitri. Bagi mengulas perkara ini, wartawan, NYZA AYOB mendapatkan pandangan Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, USTAZ TAIB AZAMUDDIN MOHD TAIB mengenai konsep sebenar Aidilfitri mengikut acuan Islam. Beliau yang juga Ahli Parlimen Baling merupakan bekas Imam Besar Masjid Negara berkongsi pandangan tentang sambutan yang sewajarnya ketika merayakan Aidilfitri.

Boleh Ustaz jelaskan konsep Aidilfitri seperti mana yang dituntut oleh Islam...

USTAZ TAIB AZAMUDDIN MOHD TAIB: Hadis Nabi yang bermaksud hari raya ialah untuk kamu bertasbih, bertahmid dan bertakbir. Jadi, daripada hadis tersebut meletakkan keutamaan hari raya ialah hari mengingati Allah.
Dan apabila kita menyebut Aidilfitri, maknanya kita kembali kepada fitrah. Fitrah ialah yang suci bersih, jauh daripada perkara-perkara yang kotor dan buruk serta jahat.
Dengan amal ibadat yang kita telah lakukan di bulan Ramadan, kita ingin membina balik fitrah kita jika ada kemungkinan-kemungkinan kekotoran, keburukan serta kesilapan tersebut.

Jadi Aidilfiti ini untuk kita kembali kepada fitrah tersebut?

Ya! Itu antara yang diangkat oleh para ulama iaitu Aidilfitri kembali kepada fitrah. Oleh itu kepada setiap muslim janganlah kita menyambut Aidilfitri ini dengan cara sambutan yang mencemarkan fitrah kita.
Eloklah sepanjang masa kita berada dalam suasana yang bersih. Jika terbawa-bawa amalan perayaan yang dibawa masuk oleh agama lain, itu akan merosakkan hakikat sebenar perayaan kita.
Terdapat sekarang ini unsur-unsur yang boleh membawa kita kepada kekotoran. Dengan sebab itu kunci kepada hadis Rasulullah tadi supaya kita dapat kawal diri dengan takbir, tasbih dan tahmid.
Dengan sebab itu susun atur perkara-perkara yang dilakukan pada hari raya ialah dengan mempererat silaturrahim. Maknanya hubungan sesama saudara mara dapat dipereratkan lagi di hari mulia ini. Selain itu kita juga digalakkan menziarahi orang yang lebih dekat dengan kita terutama orang-orang tua.

Bagaimana Ustaz melihat amalan umat Islam yang menziarahi kubur pada pagi raya?

Selain itu kita juga mesti pastikan kita mempunyai jadual untuk ziarah kubur. Ziarah kubur ini merupakan pendekatan yang dapat mendekatkan kita ke arah keinsafan serta kesedaran kerana semua orang yang hidup akan menghadapi mati.
Jadi, apabila kita menziarahi kubur, kita akan ingat bahawa kita juga akan mati. Jika kubur yang kita ziarahi itu merupakan kubur ibu bapa kita, kita akan dapat mengingati jerit perih serta jasa yang telah mereka curahkan mereka kepada kita. Segala jasa dan pengorbanan mereka itu tidak boleh kita lupakan.

Apakah amalan yang terbaik kita lakukan pada malam hari raya? Bagaimana pula dengan kelaziman kebanyakan daripada kita, pada malam hari raya itulah sibuk dengan pelbagai persiapan dan hiruk-pikuk?

Itu tidak ada masalah sekiranya kita tidak melampau atau berlebih-lebihan. Seperti biasa pada malam hari raya itu kita digalakkan bertakbir kerana laungan takbir itu adalah syiar kepada kesyukuran umat Islam kerana telah berjaya melatih diri di bulan Ramadan serta berjaya dengan fikrahnya.

Masyarakat kita hari ini jika membuat persiapan hari raya agak keterlaluan sehingga berlaku pembaziran...

Apabila kita kaji hadis Rasulullah itu, hari raya bukanlah suatu hari untuk kita membazir. Apabila kita berlebih-lebihan, itu merupakan bertentangan dengan fitrah kita.
Pembaziran menyebabkan kita tidak mencapai matlamat sebenar Aidilfitri. Keletihan kita berpuasa selama sebulan tiba-tiba kita cemari dengan pembaziran.

Seperti yang Ustaz sebutkan tadi, sewaktu hari raya harus diambil peluang untuk ziarah menziarahi. Bagaimanapun jika kita lihat hari ini, media seolah-olah menyekat masyarakat untuk tujuan tersebut dengan menghidangkan pelbagai rancangan hiburan di kaca televisyen...

Satu kecacatan yang kadang kala tidak disedari. Bahkan sepanjang Ramadan lagi kita 'digalakkan' oleh media untuk meninggalkan kesempatan merebut Lailatulul Qadar.
Sedangkan Lailatul Qadar itu merupakan keutamaan yang harus direbut oleh setiap Muslim. Dan televisyen di Malaysia tidak terdidik dengan pendekatan Islam, maka kita melupakan peluang yang harus kita rebut itu.

Maknanya, media hari ini menyebabkan kita lalai?

Ya! Kita ingat pada sesuatu benda yang kecil menyebabkan kita lupa pada perkara yang lebih besar. Lailatul Qadar ini lebih baik daripada seribu bulan.
Walaupun seseorang itu mendapat satu malam Lailatul Qadar di akhir Ramadan, jadi nilai ibadah pada malam itu lebih baik daripada seribu bulan.
Jadi, mana yang lebih besar apabila mengajak orang kepada sesuatu yang retorik yang akhirnya tidak membawa kita kepada sebarang faedah atau ganjaran.
Siaran televisyen ini lebih kepada bergembira dan berpesta sahaja. Maknanya, televisyen lebih mengajak masyarakat untuk bergembira dan berpesta sebagaiamana agama lain.

Apa nasihat Ustaz terhadap Kementerian Penerangan?

Kita amat mengharapkan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Warisan terutama menteri terbabit agar menyedari perkara ini.
Jangan kita dihanyutkan dengan keghairahan tersebut. Bergembira ini ada batasnya. Jika gembira itu boleh menguburkan yang lebih aulawiyat, itu bukan yang dituntut.

Berkenaan dengan konsep rumah terbuka, sejauh mana konsep tersebut menepati kehendak Islam?

Jika kita mengadakan rumah terbuka untuk mengeratkan silaturrahim, ia dibolehkan dan itu lebih baik. Bagaimana pun, janganlah silaturrahim itu sampai menggadaikan yang lebih utama.

Adakah amalan memberi 'angpow' raya digalakkan dalam Islam?

Pemberian duit raya terutama sekali adalah bagi menggalakkan serta mendidik anak-anak dengan amalan bersedekah.
Kita menunjukkan kepadanya keutamaan memberi sedekah kepada orang yang memerlukan diutamakan dalam Islam. Begitu juga kita digalakkan memberi sumbangan tersebut kepada orang-orang tua yang memerlukan.

Kelebihan berpuasa enam di bulan Syawal?

Kita jangan lupa sunat muakkad iaitu sunat yang dituntut di bulan Syawal. Rasulullah bersabda, apabila kita berpuasa di bulan Syawal, diikuti dengan enam hari di bulan Syawal bersamaan dengan setahun berpuasa.
Dan kepada orang ingin mengadakan majlis rumah terbuka, mereka juga harus menghormati kepada orang yang berpuasa enam.
Jika kita mengadakan rumah terbuka, jangan sampai jiran tetangga kita hingga tidak sempat melaksanakan puasa sunat.
Dengan sebab itu kepada pengunjung rumah terbuka eloklah membuat pertimbangan memberi aulawiyat atau keutamaannya kepada puasa sunat enam. Bukan keutamaan kepada rumah terbuka. Jadi kedua-dua pihak ini kena seimbang sama ada orang yang mengadakan rumah terbuka serta orang yang dijemput.

Akhir sekali Ustaz, mungkin ada nasihat atau peringatan kepada umat Islam dalam merayakan Aidilfitri kali ini...

Nasihat saya, umat Islam harus menghadapi hari raya sebagaimana kita menghadapi Ramadan. Ramadan melatih kita mempunyai pendirian dan prinsip.
Jangan hanya kerana pengaruh-pengaruh lain kita mengabaikan pendirian dan prinsip kita sebagaimana yang telah kita penuhi dalam Ramadan.

2 ulasan:

Abdullah Ngah berkata...

Nampak semakin jelas cara sambut hari raya aidil fitri Melayu di Malaysia ini macam orang kafir sambut hari raya mereka.

Main mercun dan bunga api seolah olah itulah sambut sebenar hari raya.

Takbir raya dengar sekejap sahaja di masjid.

Lepas itu kedengaran mercun dan bunga dari maghrib hinggalah ke subuh.

Inilah tanda kegembiraan hasil kemenangan berpuasa selama sebulan.

Kita tidak tahu mengapa jadi macam itu.

Mungkin atas sebab para pemimpin yang memerintah sekarang tolak undang undang islam.

Mungkin juga punca kerajaan yang memerintah sekarang tidak adil kejam dan zalim.

sebagai Contoh, rakyat didahulukan yang dicanang setiap jam diTV baik TV swasta mahu TV kerajaan.

Rakyat mana yang didahulukan? sedangkan rakyat pembangkang dipinggirkan.

Bagi duit raya rakyat pembangkang dinafikan.

Macam pemberian kurma di Terengganu sebanyak 300,000 kotak yang berharga RM 7.8 juta, nisbah satu kotak RM 26.00 tak habis.

Hari jumaat 18 September 2009 JPJ yang ambil alih membahagi bahagikan pada semua kereta yang menggunakan jambatan sultan Mahmud.

mengapa jadi begitu? sudah tentu JKKK yang betanggungjawab tidak dapat melaksanakannya, kerana orang yang layak mendapat satu kotak kurma hanya orang UMNO sahaja, manakala orang pas dinafikan.

Mungkin inilah yang menmyebabkan orang melayu sambut hari raya aidil fitri sejak dahulu hingga kini macam orang kafir sambut hari raya mereka.

kaedah sambutan yang didikehendaki islam ditinggalkan, kerana orang melayu sudah jadi macam orang kafir.

Tanpa Nama berkata...

I don't even know how I ended up here, but I thought this post was great. I don't know who you are but definitely you are going to a famous blogger if you aren't already ;) Cheers!

Feel free to visit my web page; payday loans