KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, September 10, 2009

Krisis Dun Perak: Pakatan Rakyat adalah kerajaan sah

PARIT: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Perak mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) di sebuah hotel di Ipoh, Perak, pada 2 September lalu kerana berpegang kepada prinsip sebagai sebuah kerajaan yang sah.

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad menegaskan selagi Adun Tronoh V Sivakumar masih sah sebagai speaker dan mempunyai kuasa untuk memanggil sidang Dun, maka beliau boleh bertindak demikian.

Katanya, walaupun Adun Pakatan Rakyat terpaksa bermesyuarat di hotel, mereka berhak untuk membuat keputusan-keputusan yang sepatutnya untuk dilaksanakan apabila mereka kembali mendapat kuasa nanti.

"Kalau ikut apa yang kita pegang, Pakatan Rakyat masih sah sebab itu kita adakan sidang Dun. Memang sah, Sivakumar memanggil Adun-adun untuk sidang Dun," ujarnya semasa dihubungi Harakah.

Oleh sebab itu, kata Najihah polis tidak seharusnya menghalang semua Adun-adun tersebut melaksanakan tugas mereka.

Tetapi kerana polis memihak kepada kerajaan haram BN maka semua Adun Pakatan Rakyat Perak terpaksa mengadakan sidang Dun di luar bangunan dewan undangan negeri.

"Kita berasa terlalu kecewa dengan sikap dan tindak-tanduk BN yang bukan saja merampas kuasa tetapi mereka juga menggunakan polis untuk mempertahankan kerajan haram yang ada sekarang.

Tiada ulasan: