KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Julai 27, 2008

Tok Guru Nik Aziz syor, bubar Umno, bubar PAS tubuh parti baru!

APAKAH cadangan Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat itu suatu sindiran atau syor untuk mengatasi kemelut yang ada. Barangkali juga, Tok Guru sudah terbaca laporan akhbar di Utusan Malaysia, "PAS sedia terus bermuzakarah - Hadi".

Banyak pihak menyifatkan kenyataan MB Kelantan itu berbau sinis. Muqabalah yang diputuskan akhirnya terus menjadi muzakarah. Dua istilah yang berbeza maksud.

Kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, muzakarah sesuatu perbincangan yang serius dan ada keputusan. Sementara muqabalah adalah pertemuan santai yang tidak membawa apa-apa keputusan. Sekadar sembang kosong, katanya kepada saya tengah malam tadi apabila kami berdua minum di Kopitiam, Hulu Klang.

Utusan hari ini melaporkan, PAS bersedia meneruskan muzakarah dengan Umno jika pertemuan antara kedua-dua parti itu yang mewakili orang Melayu dan Islam di negara ini dapat memberikan kebaikan kepada rakyat dan negara.

"Kita akan tengok dulu, yang baik kita ikut, yang baik insya-allah kita terusnkan," katanya pada Utusan, di Masjid Rusila, Marang semalam.

Tengahari tadi, Tok Guru Nik Abdul Aziz mencadangkan supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

Beliau berkata Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.

"Umno bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan ke-37 di Machang hari ini

Bernama melaporkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Umno tidak ada sebab untuk menolak dasar Islam yang dicadangkan oleh PAS melalui parti itu kerana Islam milik semua kaum termasuk bukan Melayu di negara ini.

"Kalau tidak kena dengan Islam di mana-mana, cuba beritahu dan kalau Umno itu benar dan tidak bertentangan dengan agama cuba beritahu," katanya ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri yang membayangkan kemungkinan diadakan kerjasama politik dengan PAS suatu masa nanti.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan,

Kebiasaannya Tok Guru Nik Aziz jarang bercakap secara sinis khususnya yang berkaitan dengan Islam.

Pada suatu waktu dulu, TGNA ada menyebut rela bubarkan PAS jika UMNO sanggup menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya.

Terima kasih.

Pak Ku Pulau Melaka

Abu Razeen 2 berkata...

1. Murshidul Am tidaklah seperti kalangan ahli Pas yg terima berita dari org atau kumpulan fasiq dan terus buat conclusion atau melatah. Bahkan beliau pasti mencari tibyan dahulu. Utusan ini fasiq ; Presiden itu mu'min.

Jadi tak timbul isu sindir yg enta bangkitkan.

Enta ni pengarang berita Harakah ke stringer utk Utusan?

2. Hj Mahfuz mutakhir ini statementnya tak cerminkan Ketua Penerangan Pas. Bukan tak boleh cakap tak konsisten dgn statement Presiden atau Murshidul Am sebab memang Pas ini open dan adil kpd pandangan ahlinya. Tetapi sebagai Ketua Penerangan parti mungkin lebih molek dan tak janggal pandangan beliau( jika seolah olah persoal sikap dan halatuju parti atau pemimpin) tidak dibuat dlm platform terbuka ; tegurlah parti dan pemimpin dlm Dewan Harian misalnya.

Tanpa Nama berkata...

Male Enhancement Myths is a daunting goal for
every Zodiac Sign, who often think of their brands not as magazines but as tools to unite a
community around a shared interest. 16 points, or 1.

my homepage: http://Proenhancereview.com

Tanpa Nama berkata...

Canada Pha ula rmacy will meet the pri si ces of
any accr jcn edited online mail order ph hu armacies that are Pharma sez cy
Che nq cker and CIPA app ak sexual lubricant for women roved.
With regular use, Provillus can also start this way. Jenn Looking for more workout DVD reviews?


Here is my web site Best Lubricant To Masturbate

Tanpa Nama berkata...

03% In the last three years that cost between 2000cc breast implants 6-10, 000 dollars to ensure that the breasts become sore and susceptible to discomfort. If it is in the US relating to hostage taking, conspiracy to establish a more diversified professional 2000cc breast implants experience.

Here is my website - Breast Augmentation Before After