KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Julai 10, 2008

Tok Guru Nik Aziz enggan jadi orang tengah mubahalah Anwar - Saiful

Nampaknya sikap Tok Guru Nik Aziz amat profesional dalam isu "orang tengah" yang cuba ditonjolkan oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin...


MURSYIDUL AM PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz nampaknya enggan menjadi "orang tengah" dalam isu liwat yang cuba dibabitkan ke bahu Anwar Ibrahim. Beliau lebih senang isu itu diselesaikan mengikut perundangan tanpa membabitkan mana-mana individu sebagai "orang tengah". Itulah yang saya rasa, sebaik-baiknya.

Apapun masej dan motif kenyataan Menteri Besar Kelantan itu, Anwar baginya mesti diadili di mahkamah secara telus sebelum diminta bersumpah untuk membuktikan dirinya bersih serta tidak melakukan perkara "liwat". Langkah itu dilihat lebih selamat dan wajar.

Isu "orang tengah" dicadangkan oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin bagi merungkai kegawatan yang melanda Anwar atas tuduhan "liwat" dengan membawa Anwar dan Saiful Bukhari ke medan mubahalah sebagai jalan penyelesaian ke atas isu yang jijik itu.

Dr. Asri cukup yakin, Tuan Guru Nik Aziz mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat terutamanya di kalangan para penyokong PAS dan layak menjadi orang tengah untuk menyelesaikan isu tersebut.

Apapun nawaitu Dr. Asri, beberapa ulama tidak bersetuju dengan acara mubahalah itu. Ia dinyatakan oleh Mufti Perak, Dato' Harusani Zakaria dan mantan Mufti Wilayah, Dato' Hasyim Yahya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Refomasi Minyak,

Benar Kata Tuan GURU NIK AZIZ, bicarakan dahulu ikut perundangan yang telah ditetapkan, jangan terus ikut cakap MUFTI MUDA PERLIS,ada jugA benarnya MUFTI PERAK KATA kita negara merdeka dan berdaulat oleh itu perundangan ada ikut dulu, ASALKAN JANGAN ikut perundangan islam hadariLAH sudahLAH siasat terperinci duluLAH.
Kita takut jika tuan GURU jadi orang tengah, orang kata tuan GURU akan bela anuar kan payah.
Kita hendaklah jadi umat islam yang ikut AJARAN ISLAM, JANGAN ISLAM IKUT KITA.AKAL ADA FIKIR DAN GUNAKAN DENGAN SEPENUHNYA.
Muga pandandangan saya ini dapat perhatian sama-sama
Terima kasih

Ronn berkata...

Pandangan para Mufti dan Tok Nik itu benar. Sememangnya baik dibicarakan dulu. Tapi bagaimana:
1) Polis tidak lagi dipecayai
2) Peguam Negara juga tidak lagi dipercayai
3) Mahkamah juga tidak lagi dipercayai

Siapa lagi yang layak untuk menyiasat?
Siapa lagi yang layak untuk mendakwa?
Siapa lagi yang layak untuk mengadili?