KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Julai 11, 2008

Tiba masanya PAS fikir serius tangani isu artis dan hiburan

DALAM isu hiburan, PAS belum ada kata sepakat. Kisah bagaimana Raja SMS menggegarkan Kelantan, sarat dengan kontroversi. PAS Kelantan setuju undang Mawi pada satu konsert anjuran kerajaan negeri, tetapi kalangan ulama tertentu menentangnya.

Ada yang membantah. Namun, kata putus Tok Guru Nik Aziz menenggelamkan bantahan dari mana-mana pihak berkenaan. Akhirnya Mawi melabuhkan suaranya di negeri Serambi Makkah itu.

Heroin "Pontianak Harum Sundal Malam", Maya Karin juga diundang Kerajaan Kelantan. Timbul juga pro dan kontra. Terbaru, Pemuda PAS Selangor membantah dan mengingatkan kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim membatalkan Konsert Ella dan Mas Idayu.

Semuanya ini, menyandingkan sikap prihatin PAS terhadap hiburan. Tetapi pada masa yang sama, kumpulan Islam di Malaysia seolah-olah hanya melihat nasyid dan apa yang sewaktu dengannya sahaja sebagai "halal". Seperti Konsert Rabbani atau Raihan. Seperti Konsert Akil Hayy.

Tragedi "Tunggeng Pungkoq" oleh Kumpulan Carburator Dung patut dilihat penuh serius oleh PAS. Memikirkan apakah yang patut dijelaskan darihal "hiburan" yang menjadi dadah dan daya tarikan unggul bukan sahaja anak-anak muda, malah orang-orang tua.

Kata Dinsman yang kini menaja Badan Seniman Paksi Rakyat (Paksi), sudah tiba waktunya PAS menjegakan mata dan perhalusi isu-isu hiburan ini walaupun ianya kelihatan sukar untuk ditangani. PAS patut bincang isu-isu membabitkan artis dan dunia hiburan.

1 ulasan:

Letting the time pass me by berkata...

Isu tunggeng pungkok tu memang menjejaskan kredibiliti PR terutamanya PAS sebagai salah satu komponen PR..

Protes tu dah jadi Karnival Jom Protes..

Rasanya baiklah kita buat macam bersih… serah memorandum kepada Istana.. lagi canteekkk….