KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Julai 18, 2008

Pertemuan Umno-PAS masih diperingkat eksplorasi, tegas Timbalan Presiden PAS

PADA sebelah pagi semalam, saya menemui Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa di lobi Parlimen. Mengejar darihal cerita "pertemuan PAS-Umno" yang kian panas dan terus menjadi tanda-tanya.

Saya memikirkan satu penjelasan patut diberikan ekoran interbiu Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang dan kenyataannya kepada media sebelum meninggalkan IJN sehari sebelum ini, tentang hasratnya untuk mengadakan pertemuan dengan Umno dalam masa terdekat ini.

Terdapat banyak perkara baru dan maklumat terbungkus yang tidak diketahui umum, malah pemimpin-pemimpin PAS sendiri. Bualbicara saya dan wartawan Roy Rasul serta Nuha Rahim di lobi Parlimen itu cukup jelas dan akan disiarkan penuh pada terbitan Harakah minggu depan.

Ahli Parlimen Bachok itu, menceritakan rentetan keputusan Majlis Syura PAS hinggalah kisah-kisah ekplorasi dengan pemimpin tertentu Umno. Dan apa yang dicetuskan oleh Presiden PAS, katanya, bukan agenda peribadi tetapi untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

This topic have a tendency to become boring but with your creativeness its great.

Tanpa Nama berkata...

Damu pa kmu to?.. Nano ni klase blog man?

Hotnews berkata...

Sebagai ahli PAS saya berpendapat buka masa yang sesuai dan langsung tidak perlu untuk kita berbincang dengan UMNO. Tambahan dalam waktu UMNO meningkatkan kezaliman terhadap DSAI. Seolah-olah kita ingin menodai Pakatan Rakyat.

PAS sendiri akan berpecah sekiranya usaha janggal ini diteruskan.Kita nak tengok apakah UMNO sebagai Parti yang memerintah sudi mengajak kita berunding dalam keadaan mereka kuat dan selesa.

Perbincangan atas dasar bangsa yang cetek sekadar mengekalkan kuasa KRONI UMNO yang tak memberikan setitik feadahpun pada agama Islam.

Sokongan bukan islam terhadap PAS adalah terbit dari keindahan pemerintahan Tuan guru Nik Aziz diKelantan.

Jangan nanti Seruan bangsa yang di bawa oleh UMNO cuba diseret bersama PAS dan menghilangkan keindahan Islam yang dibawa oleh PAS dimata masyarakat bukan islam.

Saya cadangkan kalu benar-benar UMNO inigin bermuzakarah dengan PAS lebih baik hentikan saja tetapi kalu jujur lebih baik berdebat.

Jangan kita (PAS) dipatuk oleh ular yang sama dilubang yang sama buat kali kedua....!!!!!!!!!

odeen berkata...

Kenapa perlu UMNO nak buat pertemuan dengan PAS. Sedangkan sebelum ini mereka langsung tak tengokpun PAS ini. Malah mereka menyebarkan dakyah bahawa kepimpinan PAS sangat lemah di Kelantan. mereka sebarkan kelemahan pemerintahan PAS di kelantan melalui media. Mereka kata PAS tak boleh memerintah Malaysia. Tetapi sejak Tsunami PRU12 mereka mula nak mendampingi PAS. Bila susah jumpa PAS, bila senang minta bantuan PAS...Apa ke jadahnya nie...? Saya rasa baik UMNO masuk PAS, lagi bagus...barulah orang melayu bersatu..