KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Julai 26, 2008

Mengapa Anwar tidak pilih Permatang Pauh atau Lembah Pantai?

SUDAH ada ura-ura, desas-desus dan khabar angin tentang hasrat Anwar Ibrahim yang mahu bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baru, Kedah.

Maknanya, Zulkifli Nordin akan diminta meletakkan jawatan bagi membolehkan satu pilihan raya kecil berlangsung.

Secara peribadi saya tidak bersetuju. Ada dua kerusi selamat dan efisyen dari segi tindakan, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mewakili Parlimen Bandar Tun Razak atau Azmin Ali yang mewakili Parlimen Gombak, melapaskan kerusi tersebut bagi memberi tumpuan kepada Dun mereka.

Mengapa Zulkifli Nordin di Parlimen Kulim-Bandar Baharu mesti dikorbankan sedangkan dua kawasan parlimen tadi diwakili oleh orang yang bertanding juga diperingkat Dun. Khalid di Dun Ijok dan Azmin di Dun Bukit Angkasa.

Paling aneh, Parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh isterinya, Wan Azizah atau Lembah Pantai yang diwakili anaknya, Nurul Izzah tidak disentuh. Walhal, peranan Azizah sejak dua penggal lalu lesu dan tiada ketrampilan sebagai seorang politikus.

Azizah selama ini memang proksi Anwar dan menjadi tanggungjawab beliau untuk mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding pilihan raya kecil. Tiada siapa mahu PKR menjadi parti anak-beranak dan laki-bini. Macam Kit Siang dan Karpal Singh.

Hatta Pak Lahpun hanya meletakkan menantunya, Khairy seorang sahaja tanpa terbabitnya anak-anak. Begitu juga Mahathir dulu. Mokhriz baru mula nak jadi Ahli Parlimen setelah bapanya undur dari Perdana Menteri.

Jika Anwar masih enggan untuk menerobos kerusi Bandar Tun Razak, Gombak mahupun Permatang Pauh dan Lembah Pantai, barangkali Anwar ada kekuatan menguji di Parlimen Kelana Jaya yang kini diwakili oleh "penangkap gambar video telefon VK Lingam" yang kurang fasih tegar berbahasa Melayu, dan tidak dihormati oleh beberapa pemimpin PKR hingga sanggup menempelengnya minggu lalu.

Anwar patut memberi jawapan tepat, segera dan bila untuk berbuat demikian. Politik hari ini, sudah juah berbeza. Telahan dan andaian kononnya 16 September ini, kerajaan baru Persekutuan akan dibentuk oleh Pakatan Rakyat kian merudum... Hanya akar umbi sahaja yang mengharapkannya terjadi dan berlaku.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa kata PAS juga masuk bertanding dalam pilihanraya kat permatang pauh.
Aku rasa PAS boleh menang mengalahkan PKR maupun UMNO.