KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Julai 29, 2008

Jauhkan idea yang upaya gugat PAS sebagai parti darah dan air mata - Mohd Sabu


NAMPAKNYA ada masej yang ingin disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Mohd Sabu dalam kenyataannya pada Harakahdaily semalam. Beliau menyeru semua peringkat kepimpinan mahupun ahli PAS agar bertenang dan memperteguhkan kekuatan parti bagi menghadapi segala cabaran dan ancaman.

Mohd Sabu berpendirian bahawa pendapat serta pandangan mana-mana individu yang boleh menggugat perpaduan parti perlu dielak. Beliau tidak merujuk kepada mana-mana isu tetapi umumnya yakin, isu dan kenyataan adalah berkaitan soal muzakarah Umno-PAS yang kian panas dan hangat diperkata dan dipersoal.

"Semua ahli diminta bertenang dalam menilai kenyataan serta pandangan para pimpinan parti, dan terus bersama menguatkan kerjasama Pakatan Rakyat," ujarnya. Ingatan itu sangat berguna ketika ini, sewaktu pelbagai maklumat yang makin mengelirukan dan amat rencam sekali untuk dihakimi.

Pandangan Mohd Sabu agar semua pihak perlu menumpukan perhatian memperteguhkan Pakatan Rakyat khususnya dalam membantu lima buah negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-12 lalu, agak kontra dan menimbulkan tandatanya akar umbi. Isunya, jelas dan syor itu tepat tetapi pada masa yang sama terdapat angin yang mula bertiup kencang di sebalik api muzakarah Umno-PAS itu.

Ungkapan tokoh karismatik PAS itu, bahawa PAS adalah sebuah parti yang ditubuhkan serta dipertahankan dengan air mata, peluh dan darah yang komited memperjuangkan dasar Islam, cukup mudah difahami. Beliau cuba mengingatkan sesiapa sahaja tentang pengorbanan silam ketika menegakkan parti itu, dan tidak mudah terliur dengan apa jua tawaran "kemewahan".

"Jemaah ini akan tetap teguh dan tegas dalam perjuangan dasar Islam. Kita tidak akan mengkhianati Pakatan Rakyat dengan parti-parti lain khasnya orang bukan Islam," katanya.

Tiada ulasan: