KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Julai 11, 2008

Jadikan "Tragedi Tunggeng Pungkoq" sempadan buat PAS!

NAMPAKNYA Dr. Mohd Hatta Ramli yang mengepalai PROTES terus diketuk dan diasak oleh pelbagai pihak termasuk ahli-ahli PAS yang tidak puashati dengan Tragedi "Tunggeng Pungkoq" kumpulan rock Carburator Dung ketika mendendangkan lagu "Jilat".

Siapapun yang duduk ditempat Dr. Hatta, rasanya tidak terkawal dengan pelbagai gelagat penyokong Pakatan Rakyat yang beraneka ragam. Dari segi agama, etnik, aliran pemikiran, minat dan kefahaman.

Ahli Parlimen Kuala Krai itu sudah memohon maaf atas apa yang terjadi. Hisyamuddin Rais juga mohon maaf. Sebenarnya Protes sudah mengeluarkan garis panduan tetapi ianya tidak dituruti. Dalam senario itu, apa yang patut dibuat, semuanya sudah terlambat. Maka terjadilah apa yang sudah terjadi. Namun, semua menunding jari kepada Dr. Hatta.

Mainan media cukup menyenakkan atas tragedi itu. Cuma media tidak menonjolkan peranan PAS sebagai ketua, yang gagal mengawasi atau membangunkan program yang tidak dicemari insiden teruk dan hodoh seperti itu. Nasib baik, media tidak tuduh ini kerja PAS!

Jenuh juga Dr. Hatta menjawab segala yang bakal melantun pada Muktamar PAS di Ipoh Ogos ini, jika isu ini berbangkit. Tetapi, pastinya isu ini akan jadi tajuk "panas" dalam perbahasan nanti. Moga, Tragedi "Tunggeng Pungkoq" jadi sempadan.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Salam. Biasalah. orang nak kata dan komen ramai, tapi yang betul-betul hendak buat kerja sikit. Sabar sahajalah.