KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 21, 2008

PRU 12: Pilihan Raya TERAKHIR Buat SAMY VELLU?

Apakah cakap-cakap Samy mahu undur boleh dipercayai?

By TARMIZI MOHD JAM


PRESIDEN MIC, Samy Vellu benar-benar tertekan dengan asakan dan desakan masyarakat India agar beliau undur dan berhenti dari MIC dan kerajaan.

Reaksi Samy kali ini berbeza. Beliau bersedia undur pada bila-bila masa sekiranya itu yang diingini oleh masyarakat India.

Beliau berada dalam kerajaan kerana semata-mata mewakili masyarakat India dan sedia berundur sekiranya diminta berbuat demikian.

"Sekiranya orang India sudah tidak mahu saya lagi, saya sedia undur. Malah sekarangpun saya sedia undur. Tetapi keputusan itu mestilah dibuat oleh orang India bukannya pihak luar," kata Samy kepada pemberita hari ini.

Beliau membayangkan, pilihan raya kali ini adalah kali terakhir untuknya bertanding.

Tiada ulasan: