KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Februari 22, 2008

Menteri Wilayah, KAWAN AKRAB VK LINGGAM & Shahrizat KEKAL

Rakan VK Linggam paling gembira apabila namanya tidak digugurkan di Putrajaya oleh anak Badawi!

By TARMIZI MOHD JAM

SPEKULASI Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan sekali) yang dikatakan akan digugurkan, kekal bertanding di kerusi parlimen Putrajaya.

Ini bermakna, kawan rapat VK Linggam ini akan ditentang sengit oleh Pesuruhjaya PAS, Mohd Nor Mohd.

Di kawasan Titiwangsa pula calon barunya ialah Datuk Aziz Jamaluddin Md Tahir yang menggantikan anak Tan Sri Aishah Ghani, Astamam Aziz. Kerusi ini akan melihat pertarungan satu lawan satu antara srikandi PAS, Dr. Lo' Lo' Datuk Ghazali dan Datuk Aziz.

Manakala di Lembah Pantai pula, Datuk Seri Shahrizat Jalil dikekalkan dan beliau akan dicabar oleh Puteri Reformasi, Nurul Izzah anak sulung Anwar Ibrahim di kerusi ini.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Yusoff Mahal pula bertanding di kerusi tersebut mengantikan tempat Datuk Suhaili Abdul Rahman.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique kekal bertanding di Parlimen Setiawangsa.

Senarai calon Wilayah Persekutuan diumumkan oleh Zulhasnan di Pejabat UMNO Bahagian Setiawangsa pagi tadi.

Sementara itu bagi kerusi Parlimen Kepong calonnya ialah Lau Hoi Keong, Parlimen Batu, Lim Si Pin dan Parlimen Wangsa Maju, Datuk Yew Teong Look.

Parlimen Segambut pula ditandingi oleh Ma Woei Chyi, Parlimen Bukit Bintang, Datuk Dr Lee Chong Meng, Parlimen Seputeh, Chew Chee Lin.

Sementara Parlimen Cheras, Jeffery Goh Sim Ik dan Bandar Tun Razak Datuk Tan Chai Ho. Tan akan ditentang oleh Setiausaha Agung PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tiada ulasan: